Sudah lama benar aku tidak menulis. Terlalu sibuk dengan
urusan kerja dan peribadi. Alhamdulillah kini diberi ruang untuk menulis isi
luahan hati. Selain Allah SWT, aku semahu-mahunya juga untuk meluahkan pada
seseorang, tetapi siapa? Di blog inilah aku melepaskan suka duka..
Kini aku berasa tidak seperti dulu. Tak bahagia.. Kerap bersedih.. Cuba
untuk senyum gembira, namun ia sukar untuk aku terus berpura-pura. Aku masih
tidak pandai untuk menyembunyikan perasaan yang ada.
Ya Allah.. Aku kini sedar
dengan apa yang telah terjadi, mungkin kerana aku telah banyak melukakan hati
orang. Tak kiralah siapa, tapi aku tahu dan balasannya telah aku terima.
Aku tidak mahu cerita secara menyeluruh tentang punca aku
jadi begini. Aku tidak mahu bercerita keburukan orang yang aku benar-benar sayang. Dengan apa yang berlaku, aku sudah tekad dan redha menerima
apa saja yang bakal berlaku. Mulut ini tak pernah lekang menyebut nama Allah,
namun aku terus berpaling. Aku terus juga melakukan kesalahan dengan kerap
tinggal solat dan buat dosa-dosa yang lain.
Oleh disebabkan aku lalai, Allah
beri aku petunjuk. Aku perlahan-lahan dapat nampak dan faham dengan petunjuk
yang diberi.
Allah mahu aku kembali mencariNya.. Merayu padaNya.. Minta
ampun padaNya..
Ya Allah.. Aku memang benar-benar cintakan dia.. Malah
sampai tahap baik buruknya juga aku sudi terima.. Namun dugaan-Mu kali ini
sungguh hebat, Ya Allah.. Aku tak cukup kuat untuk menghadapinya. Aku jenis
yang setia pada cinta.. dan mengharapkan yang sama juga dari dia..
Ya Allah.. Seandainya dia bukan yang terbaik untuk diriku,
bantulah aku untuk hilangkan rasa cinta ini terhadapnya.. Kau bantulah aku
untuk terus kuat hidup tanpanya.. Bantulah aku untuk tempuhi dugaan besar ini
dengan tabah.. Sesungguhnya aku hanya insan yang sangat lemah..
Seandainya dia yang terbaik untukku, Kau bantulah aku untuk
mengubah dirinya menjadi lebih baik. Permudahkan saja jodoh kami untuk terus
bersatu..
Aku mahu hidup tenang Ya Allah.. Aku mahu rasa bahagia
seperti orang lain.. Aku mahu terus senyum..
Tidak banyak yang aku harapkan.. KepadaMu aku berserah..
Salam..