Salam,
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menyinggah
dan membaca hasil tulisan saya disini. Tujuan saya membuka blog baru ini kerana
mahu menutup kisah lama dan tumpu pada kehidupan saya yang baru.
InsyaAllah di blog ini saya akan lebih aktif untuk menulis
post baru. Di sini sajalah tempat saya meluahkan segala rasa dan ingin
berkongsi dengan semua.
Sudah tentu Allah SWT dijadikan tempat untuk saya
mengadu segala masalah dan isi hati. Namun di dunia ini, saya juga perlukan
tempat luahan dan boleh bertukar pendapat. Ini juga cara yang boleh mematangkan
diri ini dan saya boleh fokus pada sesuatu yang lebih penting.
Ternyata kehidupan saya kini lebih mencabar berbanding dulu.
Sejak pemergian arwah ayah, segala-galanya berubah. Terlalu banyak. Saya akan
berkongsi perubahan demi perubahan disini. Bagi saya, ini diari kehidupan saya.
Cuma ini tidak terlalu peribadi dan saya hanya meluahkan berdasar pada
kesesuaian untuk bacaan umum.
Semoga perkongsian hidup saya disini boleh
memberi pelbagai sumber kepada pembaca sama ada inspirasi, pengajaran mahupun
contoh dalam hidup.
Anda semua dialu-alukan untuk berkongsi segala pendapat bagi
membantu saya dalam mengharungi liku-liku kehidupan. Sampai disini sahaja
dahulu. InsyaAllah, saya bakal menyusul dengan post-post yang seterusnya.
No comments:
Post a Comment